Tuesday, 15 December 2015

Bercuti di Bayview Beach Resort, Batu Feringghi, Pulau Pinang.


Seawal cuti sekolah penggal ketiga kian menghampiri, Afan mula bertanya arah destinasi percutian sempena cuti sekolah penggal ketiga 2015. Tambahan pula Afan dapat nombor satu dalam kelasnya dan mendapat markah tertinggi bagi subjektif matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Jadi sebagai hadiah atas pencapaiannya saya bercadang untuk membawa Afan berehat di hotel yang mempunyai swimming pool. Lantas saya mula mencari maklumat di internet. Ada banyak pilihan hotel di sepanjang Jalan Tanjung Bungah hingga ke Batu Feringghi.

Akhirnya semasa mencari maklumat di Bayview Beach Resort batu Feringghi, saya tertarik dengan fasiliti kolam renang yang ada di hotel ini. Ada kolam renang untuk anak anak kecil, ada play pool, ada kolam renang terapi utk orang dewasa dan juga kolam renang dewasa dari 1.25 meter ke 3.6 meter. Lantas saya membuat tempahan on-line untuk percutian keluarga pada 15 Disember 2015 hingga 17 Disember 2015. Rasanya cukup lah untuk Afan mandi dengan puas nanti, fikir saya.

Kami sekeluarga bertolak dari rumah lebih kurang jam 11.30 pagi. Di persimpangan jalan masuk ke Jambatan Pulau Pinang mula sesak dgn kenderaan. Namun selepas melewati toll plaza, kenderaan mula bergerak lancar. Setibanya di Batu Feringghi, jam menunjukkan pukul 12.30 tengahari. Perut pun dah mula lapar. Selepas melewati Hard Rock Hotel, saya memberhentikan Kereta dihadapkan sebuah restoran..Pak Mid Cafe yang kebetulan tidak jauh dari Hotel Bayview Beach Resort.
Saya dan isteri memesan nasi goreng kampung dengan sup tomyam campur, manakala Afan dengan pilihannya yg biasa iaitu Nasi goreng Pattaya. Puan isteri memesan ABC. Saya minta teh o ais limau dan Afan dengan air biasanya iaitu teh o panas. Setiap kali ketika minuman dihantar, pasti waiter akan menyuakan teh panas padamu dan teh o ais limau kepada Afan. Dan setiap kali juga aku akan memaklumkan yg tuan punya teh o panas itu adalah milik budak kecik yg bernama Afan dan minuman sejuk utk aku dan Puan isteri. Dah terbalik kan... Yg tua minum ais, yg muda pula minum yg panas.
Sepas makan, aku terus memandu ke Bayview Beach Resort. Aku meninggalkan Afan dan Mamanya di Lobby hotel seketika untuk park Kereta di parking lot hotel. Memang ada banyak parking lot. Aku sedikit beruntung kerana parking lot aku di bawah pokok besar. Jadi redup lah sedikit.

Saya ke kaunter pendaftaran yg terletak di sebelah kanan Lobby hotel. Kehadiran saya Disambut mesra oleh petugas kaunter. Selepas selesai urusan check-in yang tidak sampai 5 minit, saya menerima kunci bilik bernombor 941 yg berada ditingkat 9.



Biliknya luas dan selesa. Afan begitu teruja bila mendapati ada bath tub dlm bilik mandi. Jam baru menunjukkan pukul 1.20 tengahari. Saya mencadangkan agar kami berehat dahulu di dalam bilik sehingga jam 4 petang sebelum pergi bersiar siar di sekitar hotel.
 Afan dah tak sabar sabar nak berendam dalam bath tub. Dia melompat kegembiraan bila Mamanya memberikan lampu hijau buatnya. Apa lagi bergegas la dia masuk bilek mandi. 

Petang itu seperti yg dijanjikan, kami turun bersiar siar. Ketika melalui kolam renang yg mengadap ke laut, Afan dah tak sabar sabar nak mandi. Selepas duduk  sebentar ditepi laut, kami naik semula ke bilik untuk Afan menyalin baju mandi beliau.


Afan memilih untuk bermain air di play pool. Seronok sungguh Afan Petang itu.





Afan menyatakan hasratnya untuk mandi di kolam orang dewasa pula. Dia menyuruh saya menukar pakaian mandi. Saya kembali kebilik untuk menukar baju agar dapat menemani Afan di kolam renang.





Selepas puas bermain air, saya mengajak Afan naik kerana jam sudah menunjukkan pukul 7:15 ptg. Kolam renang di hotel ini dibuka dari jam 7:30 pagi hingga 7:30 ptg. Afan pada mulanya enggan tapi setelah dipujuk untuk turun semula keesokan paginya,dia pun bersetuju.

Malam itu kami ke deretan kedai yg bertentangan dengan hotel. Ada 3 kedai makan yg menghidangkan pelbagai jenis makanan. Jadi Kalau anda tak mahu makan di hotel yg kebiasaanya lebih mahal. Anda ada pilihan untuk memastikan tidur anda lebih lena setelah perut penuh terisi. Kami singgah di kedai barangan serbaguna. Afan nak beli mee segera di dalam cawan. Idea yg baik, 
Jika lapar ada juga yg boleh dimakan.


Selepas makan malam, kami segera pulang ke hotel kerana Afan akan kehabisan baterinya bila bila masa. Afan akan mengantuk setelah kenyang. Jadi, jangan membuang masa untuk merancang apa jua aktiviti yg melibatkan Afan dimalam hari. Afan pastinya tak akan turut serta. Tidur lebih penting baginya.


So, selamat malam semua !!! 

Hari kedua, Afan bangun jam 7.45 pagi. Afan meminta saya menyediakan mee segera dlm cawan yg dibeli semalam. Afan duduk di balkoni sambil melayan PSPnya.


Saya menikmati teh panas sambil menghirup udara segar dan pemandangan Batu Feringghi.

Kami turun bersarapan pagi di La Veranda lebih kurang jam 9 pagi. Memang banyak pilihan yg ada. Nak american breakfast ada, nak continental breakfast pun ada. Yg penting makan perlahan lahan. Enjoy kesemuanya jika anda larat. Sambil makan Afan mula mengatur programnya untuk hari ini. Selepas sarapan, Afan nak turun ke kolam renang seperti yg dijanjikan semalam. 



Saya dan puan isteri turut serta bersama Afan turun ke kolam renang. Tapi kita yg dah berusia ini tak berapa larat jika nak dibandingkan dgn kanak kanak seusia Afan. Afan hanya berhenti bila cahaya matahari mula menyinari sebahagian kolam renang. Jam di Sunken Bar menunjukkan jam 12 tengahari. Petang nanti kita turun lagi, cadang saya pada Afan. Afan akur. Perut Afan pun dah lapar, rungut Afan. Patutlah dia setuju dgn cadangan saya, bisik hati saya sambil tersenyum.

Naik kebilik, saya menyediakan bubur nasi di dlm cawan utk Afan. Kami semua tertidur akibat keletihan  sehingga ke ptg. Lewat petang itu, saya dan Afan berjalan di sekitar laluan dari Bayview beach resort sehingga ke Hard Rock hotel.



Saya mengajak Afan berehat sebentar di Lobby. 








Hari terakhir di Bayview Beach Resort Batu Feringghi, kami turun bersarapan pagi lebih awal dari semalam. Ini kerana Afan mahu turun ke swimming pool sebelum kami check out jam 12 tengahari nanti. Pagi ini Afan makan satu sausage ayam dan omelette.




Selesai sarapan kami naik semula kebilik untuk menukar baju mandi. Setibanya di kolam renang jam menunjukkan pukul 9:55 pagi. Jadi kami ada masa sekitar 1 jam untuk mandi sebelum check out.





Afan cukup seronok sepanjang percutian di Bayview Beach Resort Batu Feringghi. Jadi bagi anda yang ingin bercuti bersama keluarga, Bayview Beach Resort Batu Feringghi memang sesuai untuk anda.

No comments:

Post a Comment