Seorang lelaki memelihara 17 ekor unta dengan dibantu oleh 3 orang anak lelakinya. Ketiga-tiga anak lelakinya itu bekerja dengan tekun dan taat kepada orang tua meraka. Pada suatu hari si ayah telah meninggal dunia. Selepas urusan pengkebumian ayah mereka selesai, mereka pun membaca wasiat yang ditinggalkan oleh ayah mereka.
Wasiat ayah mereka menerangkan tentang pembahagian unta yg dimilikinya :-
1. Anak lelaki yg sulung akan mendapat separuh dari jumlah unta yang dimilikinya.
2. Anak kedua pula akan menerima satu pertiga dari jumlah unta yang ada.
3. Anak ketiga pula akan hanya menerima satu per sembilan dari jumlah unta yang ada.
Ketiga-tiga anak lelaki itu mula keliru dengan cara pembahagian unta yang diamanatkan oleh almarhum ayahanda mereka. Mana mungkin dapat membahagiakan 17 dengan 2, 17 dengan 3 dan 17 dengan 9. Jadi mereka mula bertengkar sesama mereka. Kalau selama ini mereka tidak pernah bergaduh sesama mereka, namun disebabkan perebutan harta, mereka mula hilang pertimbangan.
Akhirnya, mereka membuat keputusan untuk bertemu dengan seorang Cendiakawan yg ada di kampung mereka untuk meminta nasihat dan cadangan untuk menyelesaikan kekusutan yang meraka hadapi.
Lelaki tua yang bijaksana itu membaca wasiat yang ditinggalkan dengan penuh teliti. Selepas memikirkan bagaimana cara untuk menyelesaikan kekusutan itu, lelaki tua itu berkata kepada ketiga-tiga lelaki itu.
"Wahai anak muda, kamu tunggu di sini sehingga saya datang" ujar lelaki tua itu sambil berlalu pergi.
Tidak lama kemudian, lelaki tua itu muncul dengan membawa seekor unta miliknya.
Dia membawa unta miliknya itu kepada 17 ekor unta yang sedia ada. Ini menjadikan jumlah unta kepada 18 ekor semuanya. Lelaki tua terus membaca wasiat kepada ketiga-tiga lelaki itu.
" separuh dari 18 adalah, 9." Jadi dia memberikan sembilan ekor unta kepada anak yang sulung.
" satu pertiga dari 18 adalah 6" lalu dia menyerahkan 6 ekor unta kepada anak yang kedua.
" satu per sembilan dari 18 adalah 2" maka dia menyerahkan 2 ekor unta kepada anak yang ketiga.
Ketiga-tiga anak lelaki itu memperolehi 9, 6 dan 2 ekor unta yang menjadikan jumlah semua adalah 17 ekor.
Yang tinggal hanya seekor unta milik lelaki tua itu. Lelaki tua membawa unta miliknya beredar meninggalkan ketiga-tiga lelaki yang tersenyum gembira.
Moral dari kisah ini adalah sikap bagaimana yang harus ada pada kita semasa berunding dan mencari jalan penyelesaian. Walau pun kelihatan sukar pada mulanya, namun untuk mencapai jalan penyelesaian kita harus yakin dan percaya yang setiap masalah pasti ada cara mengatasinya. Cari titik persamaan pada setiap permasalahan yang timbul.
Kita tidak akan berjaya jika kita tidak yakin yang setiap masalah itu ada jalan penyelesaiannya.