Seringkali kita menghadapi masalah untuk membuat teguran kepada orang lain. Lebih stress bila orang yg ingin ditegur itu orang bawahan kita ditempat kerja, saudara mara, jiran-jiran malah anak-anak sendiri bagi yg telah berkeluarga. Kalau silap cara kita menegur, tentu akan bermasam muka. Kalau dulu agak mesra ketika bersua, mungkin lepas tu akan kelat mencuka.
Jadi, apa yang perlu kita lakukan. Tak ditegur, kita yang makan hati. Jadi gunakan garis panduan berikut ketika kita nak menegur orang. Mudah mudahan, orang yg kita tegur dapat menerima teguran kita. In Sya Allah.
1. Cari peluang agar kita berdua saja dengan orang yg ingin kita tegur. Jangan ada orang lain. Pilih tempat yang kita selesa untuk berbual. Hindarkan tempat yang bising.
2. Mulakan dengan memberi pujian. Puji prestasi kerjanya atau tingkah lakunya yg baik atau perkara positif yg pernah dilakukan. Manusia memang suka dipuji. tapi biar ikhlas. jangan berlebih lebihan.
3. Selepas itu minta ia memberi alasan atas prestasinya yg merosot, alasan pada perkara yg kita tak suka dia lakukan ataupun kenapa dia bertindak diluar kebiasaanyan. Dengar apa alasan yang diberi, jangan mencelah. biar dia luahkan segala yang dipendam.
4. Apa juga alasan yang diberi, kita terima dengan hati terbuka. Hanya nyatakan apa sebenar yang kita harapkan dari dia. Apa yang kita mahu dia lakukan. Apa harapan kita terhadapnya. Jangan memarahinya. Itu cara yang salah.
5. Selepas kita nyatakan harapan yang ingin kita lihat darinya, cuba minta dia memahami apa yang kita mahukan dari dia. Bolehkah dia berjanji untuk memenuhi harapan kita itu.
6. Akhir sekali nyatakan kesan atau akibat yang bakal dihadapi atau diterima seandainya dia gagal memenuhi janji yang telah dibuat.
Dari pengalaman saya, jika kita menegur dengan cara berhemah, orang akan menerima teguran kita dengan lebih positif.
No comments:
Post a Comment