Friday, 20 November 2015

Singgah sebentar di Mydin Bukit Mertajam.

O
Secara kebetulan saya bercuti untuk menghantar Puan Isteri ke Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pada hari ini. Semasa melalui Jalan Baru Perai, kelihatan kain rentang di jejantas memaklumkan Pasaraya Mydin dibuka hari ini. Anak bongsu saya, Afan mencadangkan agar kami singgah selepas urusan ibunya selesai nanti. Seperti biasa, segala perancangan Afan pastinya muktamad.

Dalam perjalanan pulang dari Jalan Betek Bukit Mertajam, saya pun memandu masuk ke Mydin Bukit Mertajam. Kereta mula berbaris memasuki premis sambil dibantu pengawal bertugas.


Oleh kerana baru saja acara perasmian berlansung, maka penuh lah parking. Masing-masing berpusing pusing mencari tempat parking. Akhirnya selepas puas berpusing pusing, saya bernasib baik kerana ada satu family baru nak beredar. Kami berjalan mencari pintu masuk. Melalui pintu itu kami tiba ditingkat 1 Pasaraya Mydin Bukit Mertajam.

Kami berjalan ke arah peniaga yg menyewa ruang niaga diluar pasaraya Mydin. Ada yg jual aksesori telefon, jam tangan, kasut, bag tangan, perabut, mesin jahit dan bermacam macam lagi.
Baru sebentar pusing pusing, saya mencari washroom. Tandasnya bersih . hari ini saya belajar satu perkara baru...
Baru hari ni saya tahu siapa yg cipta tandas flush tu....he..he..he....

Seperti biasa acap kali keluar kemana saja, Afan akan mula berasa lapar. Di ground floor ada banyak pilihan untuk menjamu selera. Ada foodcourt, ada fastfood. Pilih saja yg mana satu.


Afan bertegas nak makan burger dgn air root beer floatnya. Saya dan isteri akur saja kehendak Afan.
Selepas makan kami sambung jalan dari ground floor naik ke tingkat 1 dan akhirnya ke tingkat 2.
Ada kedai buku MPH. Afan menarik tangan ku memasuki kedai buku itu. Aku akur.
Puan isteri mengajak masuk ke Pasaraya Mydin utk mencari beberapa keperluan utk memasak.
Selesai membeli keperluan dapur. Mereka mengajak ku pulang. Mydin Bukit Mertajam memang luas dan selesa untuk membeli belah. 
Selamat membeli belah !!!

1 comment:

  1. The Casino Hotel, The Strip, Las Vegas | DrmCD
    Find out the casino hotel, 파주 출장안마 The Strip, 안산 출장마사지 Las Vegas, 거제 출장마사지 Las Vegas, NV and 전라남도 출장안마 Dr. The Casino Hotel, including address, telephone number, map, hours, 청주 출장마사지 reviews,

    ReplyDelete